BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 20, 2010

~ Harith Asyik Demam Jer... ~

Kesian anak aku...asyik demam jer..Hari Jumaat (14/05/2010) Harith demam teruk..panas sgt badan dia..suhu sampai cecah 40.5..duk sebelah dia terasa sgt bahang..pangku dia cam pangku seterika panas.. :-( Aku bagi ubat ikut jadual pun suhu dia tak turun-turun..tak kebah2 jugak demamnya..aku bertambah risau..hati ibu mana tak risau kalau anak tak sihat.anak yg biasanya lincah, ligat, tetiba demam..lepak.. :-(.. pastu asyik cakap, "mama, mama doala byk2 harith tak demam..klu mama doa utk harith, harith tak demam la.." luluh hati aku..terus aku rangkul harith dlm pelukan ku..Damia pulak jeles aku bg perhatian yg lebih kat abg dia..asyik merajuk jer..

Lepas maghrib tu aku masuk ubat buntut..sbb suhu dah terlalu tggi..40.5..dia pun dah mula meracau..pukul 7.30 aku masuk ubat tu, pukul 10 mlm suhu masih tak turun, klu ikutkan ubat yg masukkan kot buntut tu cepat turun suhunya..Cepat2 kami bawak harith pegi Poliklinik Sri Puteri..kebetulan doktor yg bertugas mlm tu DR ALWI..doktor kesukaan ramai..Doktor pun terkejut suhu harith terlalu tggi..Sekali lagi Harith diberi ubat buntut..melalak dia..siap meronta2 lg..pastu kena injek antibiotik lg..lg ler meraung harith..nak wat camner sayang, doc nak harith cepat sembuh..doktor periksa dengan begitu teliti..semua pakaian Harith kena tanggal..Kata doc patut la suhu dia terlalu tinggi..Tonsil dia bengkak, besar dan merah..Doc suruh aku tgk..mak aiii..mmg besar, takut aku tgk..sian anak aku..patut la dia asyik ckp sakit tekak..aku igt sakit tekak cam org nak selsema tuh..

Doc ckp lg demam dia terlalu tggi sbb tonsil n campak..patut la merah satu badan harith..igtkan ruam panas, sbb musim panas..byk sggh dugaan harith..dah ler demam..tekak sakit, satu badan miang n gatal.. klu la blh ditukar ganti biar aku jer yg tanggung..sian harith..hukhukhuk..

Alhamdulillah..hari Sabtu harith dah tak demam..cuma merah2 campak tu kuar lg byk..asyik merengek gatal..gatal.. aku sapu ubt sapu yg doc kasi..walaupun harith dah tak demam aku kasi jugak ubat demam, aku takut demamnya dtg blk..ubt antibiotik aku kasi ikut jadual..seb baek jugak dah besar ni senang nak makan ubat..tu pun ugut jugak, klu tak nak makan ubat, nanti doc injek lg..huk3..mau tak takot..hikhik..

Hari Isnin (17/5/2010)
Harith dah boleh sekolah cam biasa..dah tak dmm lg..syukur alhamdulillah..suke sgt hati aku anak aku dah sihat..tapi meragam jugak masa nak mandi..dah cuti lama..seronok ler..meragam tanak pakai baju skolah..akhirnya terpaksa pikul dia masuk kete bogel2.hahaha.. anak.anak...ikut kan je kerenah dia..biasa la org baru baik demam ni mcm2 kerenah..dlm kete tu baru aku pakaikan baju, sluar n kasut skolah..sampai skolah dia ok jer dia..hepi dapat jumpa kawan2 n cikgu Suhana yg baik hati..

Hari2 yang berlalu begitu menceriakan aku coz Harith dah tak demam..Tapi keceriaan ku hanya seketika...Pukul 3.00 pagi hari Khamis (20/05/2010 - besday andak) kami dikejutkan dgn suara org muntah. rupe2nya harith muntah2...habis katil tmpt dia tido..lepas tu dia berak2 pulak.. aku cek suhunya,39.5 sah..dia demam lagi..tinggi suhunya.. :-( cepat2 aku kasi ubat demam..aku menangis sambil memeluk Harith..aku tk dpt melelapkan mata walau sepicing pun..aku menangis semahunya..entah bila aku terlelap aku pun tak perasan..sedar2 abang kejut aku utk mandi. Dia dah siap solat.. aku tgk jam..dah kul 6.15... Cepat2 aku periksa suhu harith..dah tak panas sgt..blh la gi skolah ni..kate aku dlm hati..aku mandikan harith, siapkan dia, pastu dlm kereta aku kasi lg ubat demam..Aku nak cuti hari ni tak boleh sebab banyak lg keje2 aku tak settle..Byk dokumen nak kena dapatkan tandatangan Pengarah aku..hari ni je dia ada kat JB..nak tak nak terpaksa jugak aku keje..nasib baik suhu harith tak la tggi sangat..yang aku herannya harith asyik demam malam jer..siang ok..tu yg wat aku risau sangat..

Jumaat - 21/05/2010
Pukul 3.30 pagi abang kejut aku ckp harith demam lg.. hukhukhuk..aku kasi dia ubat demam..selimutkan elok2..aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga anakku cepat sembuh..tiada apa yg membahagiakan aku selain dari tgk anak2 aku sihat dan ceria..

Pagi tadi bdn harith panas lg..tapi lepas mandi, badan dia kembali normal..aku bagi ubat demam..aku pujuk dia, hari ni jer skolah..pastu cuti 2 hari...mood dia pagi ni ok..tak byk ragam..aku bekalkan ubat demam kat taska..tapi hati aku tetap risau ingatkan harith..harith, cepatlah sembuh sayang... kate adik aku ema, klu ada tonsil memang antibodi dia kurang, asyik demam jer..

"Ya Allah, kepadaMu aku memohon, sembuhkanlah Harith...berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anakku, suamiku dan semua ahli keluargaku...Panjangkan lah usia mereka..Lindungilah mereka dari segala marabahaya walau dimana jua mereka berada..hanya kepadaMu lah tempat aku memohon pertolongan...amin..amin ya rabbal alamin.."..



Monday, May 10, 2010

Cara Mengatasi Anak Kuat Mengamok

S: Saya merupakan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun. Dia seorang yang aktif dan petah bercakap tetapi dia kuat mengamuk terutama jika kehendaknya tidak dituruti. Saya sering memarahinya sehingga dia akan menangis sambil tertidur. Ada kalanya sedang nyenyak tidur pun anak saya menangis sayu.

Saya marahkannya kerana ingin mengajarnya bersabar, tidak berputus asa serta bertolak ansur. Kelakuannya yang sukar dipujuk serta suka memerintah membimbangkan saya membawanya keluar makan dan bersiar-siar.

Saya sering berdoa dan membaca Al-Quran lalu dihembuskan ke ubun-ubun anak agar dia mendengar nasihat. Apakah ada cara lain yang bersesuaian?
Fida, Semenyih

J : Sebagai orang Islam, sebenarnya cara yang puan gunakan adalah yang terbaik. Cuma, ia perlukan sedikit masa dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Bersabarlah. Janganlah marahnya itu di balas dengan marah juga. Kadangkala untuk memantau tindak tanduknya yang agresif itu, kita perlu memberinya sedikit ruang untuk melepaskan kemarahannya.

Ketika anak puan mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dimahukan setelah kita memberikan alasan, hukumlah dia dengan membiarkannya menangis sampai akhirnya dia berhenti sendiri. Ini kerana semakin dilayan semakin menjadi, semakin kuat suara kita semakin kuat suaranya. Jadi, tinggalkan dia, usah hiraukan dia (secara fizikalnya sahaja), buatlah kerja puan atau larikan diri dari pandangannya dan buat tak tahu. Kanak-kanak akan berasa “kehilangan” sekiranya ibunya tidak mempedulikannya sehingga akhirnya mereka yang mengalah minta dibelai. Ketika itulah baru puan membelai dan menasihatinya yang puan tidak suka apa yang dilakukannya.

“ mama sedih adik jerit-jerit macam...” “ mama suka adik dengar cakap mama....” Berikan sebab mengapa tidak boleh atau sebagainya.

Selain itu, menurut kajian, makanan juga memberi kesan terhadap tingkah laku agresif anak-anak. Jadi, janganlah biasakan anak-anak makan makanan ringan. Kurangkanlah pengambilan makanan ringan dan lebihkan makanan berkhasiat untuk ketajaman minda dan penumpuan.


p/s ; semoga soalan dan jawapan yg diberikan dapat memberi manfaat kepada kite smua...


Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah pilihan sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun
ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.

“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih
dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama sayang kakak, tapi cara kakak tu tak betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh kakak tolong mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas.
Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa sebenarnya yang kakak nak cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak
dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.
Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak kena faham. Tidak semua orang sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.
Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.


p/s ; ni pun aku ceduk dari pa & ma..semoga ia memberi manfaat kpd aku dlm mendidik permata hati kami..thanks karangkraf..

Selami Fikiran Anak Ketika Mendidik

Bergelar ibu bapa sekali gus memberikan kita satu jawatan sebagai pendidik. Dapatkan kupasan erti sebenar mendidik zuriat.

Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan setiap anak mengikut acuan masing-masing. Mendidik anak perlu dengan pengetahuan keibubapaan. Amalan meniru cara didikan keluarga yang dianggap cemerlang tidak semestinya sesuai dengan keluarga sendiri.

Didikan paksaan dan arahan bukanlah bukti kejayaan membentuk peribadi insan yang mulia. Setiap anak berhak menikmati zaman kanak-kanak mereka secara semula jadi mengikut fitrah yang sepatutnya.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Nyata dan jelas sekali bahawa di usia kanak-kanak mereka tidak sewajarnya dipaksa melakukan perkara-perkara yang membebankan mereka. Memaksa mereka belajar sepanjang masa bukan akan membuatkan mereka bertambah bijak tetapi ditakuti boleh mengganggu tumbesaran normal mereka kerana terlalu tertekan.

Sewajarnya biarlah anak-anak melalui zaman kanak-kanak mereka dengan belajar sambil bermain, menerokai dunia mereka dan melakukan apa yang mereka suka asalkan tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain selain memberi faedah kepadanya bahkan ia tidak melanggar ajaran Islam.

Namun demikian persaingan yang semakin sengit pada masa kini membuatkan segelintir ibu bapa tidak mahu memahami aspek didikan anak-anak menjadikan anak sendiri keliru mengenai kehadirannya dalam sebuah keluarga.

Ibu bapa yang gemar mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Seharusnya ibu bapa mempunyai ciri membimbing dan memberi tunjuk ajar pada anak-anak dan hanya menghukum apabila mereka berbuat silap tetapi memberi kebebasan apabila perlu.

Biarpun ada sesetengah pendapat mengatakan anak-anak perlu selalu dimarahi kerana jika tidak mereka tidak belajar. Sebenarnya, memang mereka boleh dimarahi tetapi marah perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin membetulkan kesilapannya.

Biarpun ada anak yang kelihatan selamba dan bersahaja apabila dimarahi tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam pada ibu bapa hingga dewasa.

Kesan buruk

Didikan yang kurang sempurna sudah pasti membawa kesan buruk kepada anak-anak membabitkan keyakinan diri yang rendah hingga dia akan ketinggalan dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering diberikan sokongan moral.

Oleh itu, hukuman fizikal yang hanya menyakitkan tetapi kurang berkesan perlu dikurangkan dalam mendidik anak-anak. Andai mereka melakukan kesilapan dan perlu didenda, jelaskan kesilapan yang mereka lakukan dan kenapa mereka didenda.

Sememangnya tujuan hukuman diberikan adalah untuk pengajaran tetapi setiap hukuman yang dijatuhkan ke atas anak-anak perlu diberi perhatian iaitu jangan marah mereka ketika kita berada dalam keadaan marah, jangan mengherdik mereka di hadapan orang lain atau kawan-kawannya kerana ia akan memalukan anak dan memberi kesan buruk, jangan juga marahkan mereka kerana dirinya tetapi marahkan kesalahan yang mereka lakukan. Beritahu anak yang anda tidak suka dan marah dengan kesalahan yang dia lakukan bukan dirinya.

Sedar atau tidak, kebanyakan ibu bapa berharapkan anak mereka sempurna dari segala aspek tanpa mengambil kira mereka juga bukan manusia yang sempurna apatah lagi anak itu dibentuk oleh didikan ibu bapa. Maka terimalah anak seadanya dan dalam masa yang sama didik mereka menjadi seorang insan yang mengikut kata kerana hormatkan ibu bapa dan bukan kerana takutkan ibu bapa.


p/s; aku ceduk dari majalah pa&maa


Mother`s Day

Tanggal 9 Mei pasti disambut dan diingati saban tahun..pastinya setiap insan ade cerita tersendiri pada tanggal ini..tahun ini hanya ucapan selamat hari ibu yg mampu aku ucapkan khas buat ibuku yg tercinta di kg..tak dapat nak raikan bersama-sama ibu..

Walaupun sedih tak dapat meraikan bersama ibu tercinta di kg, hari ibu tahun ni cukup bermakna bagi aku kerana anak aku dah pandai dan hargai aku sebagai ibunya..dah pandai wish selamat hari ibu..bangga dan terharu...lagi terharu aku dapat 2 kad ucapan tulisan tangan dari Harith..sungguh kreatif kad ucapan tu berserta bunga yg digubah dgn kertas dan frame gantung yg dibuat dari pggan kertas..semua tu dia wat kat skolah dia..satu lagi kad ucapan dia wat kat taska..aku akan simpan rapi kad2 ucapan dan frame tu..kad ucapan yg pertama dari anak aku..aku akn simpan sampai dia bear..nanti aku akan tunjuk kat dia, ni la kad yg harith wat masa harith 5 thun,,,hehe..

Dlm kegembiraan tu terbayang kenangan2 bersama ibu meraikan hari ibu sebelum aku bergelar isteri dan mama..saban tahun aku akan bawa ibu aku ke bandar kuantan. aku akn belikan apa saja apa yg ibu aku suka..aku bawak ibu makan2.. berjalan2..hanya berdua dengan ibu.dari pagi sampai petang...aduh..sunggh indah saat itu..menitis air mata aku saat aku taip bait2 ini..aku teramat rindu saat2 itu..teramat rindu..dapatkah aku ulangi kembali detik2 itu..ibuuuuuuu....ankmu ini terlalu merinduimu..rindu pelukan ibu..rindu ciuman ibu..rindu nak tido atas ribaan ibu... TT.. tak sabar nak balik kg nak peluk cium ibu...hati ku meronta2 tiap kali rindukan ibu..semoga ibuku sentiasa sihat dan dipanjangkan usia agar kami dapat terus bermanja dan menumpang kasih ngan ibu tercinta..amin..

Thursday, May 6, 2010

Dunia Permata Hatiku

harith tgh wat senaman utk kuatkan stamina.. (^_^)

anak2 ku tgh berseronok main buaian...

naik kude nak pi mana ni damia?

syok main buaian...xnak blk tue..

bahagia tgk kegembiraan anak2...

BERIADAH DI TAMAN PERMAINAN..

Bahagia tak terhingga melihat keceriaan dan kegembiraan anak2 dapat bermain kat taman diwaktu petang...kebetulan cuaca petang sabtu tu elok, Anjang pun ada..ape lagi bwak diorg lepak2 kat taman la..bukan main suke lagi damia n harith main buaian..buaian kat taman ni ok sket ada pelindung, so selamat la utk kanak2 kecil sebaya damia... tp jarang kat taman permainan sediakan buaian mcm ni.. :(

sambil2 layan anak2 bermain, papa jogging dan gym kat sini..peralatan cam kat dalam gym pun disediakan..sebab tu kami suke beriadah kat taman ni..Taman Pulai Bistari kat depan surau Pulai Bistari..Setiap petang wekend klu cuaca elok dan xde apa2 hal kat sini la tmpt kami anak beranak bersantai..kesian jugak kat anak2 asyik berkurung jer...

ok lah nanti bersambung lg di entry akn dtg.tgh ketandusan idea ni..hehe...

Wednesday, May 5, 2010

Muhammad Harith Danial

~ Harith 5 tahun ~

~Harith 4 tahun ~

~ Harith 3 tahun ~

~harith 2 tahun ~

~ ni masa harith setahun ~


Begitu cepat masa berlalu..aku rasakan baru semalam aku melahirkan dia..masih terasa lagi sakit dan perit saat melahirkan..masih terbayang lagi di mindaku detik-detik aku melahirkan dia pada tanggal 31 Januari 2005..lewat 2 hari dari tarikh yg dijangka..

Sebulan sblm aku bersalin, aku dihantar ke kg aku di Felda Neram Satu, Kemaman, Trg...masa tu aku belum bekerja lagi..aku mmg mahu bersalin di kg, dekat dgn mak ayah kat kg..maklumlah bersalin anak sulong, tidak ada pengalaman..

Belum habis pantang, lebih kurang 30 hari suami aku bawa blk ke Skudai..dia tanak berjauhan dgn anak..mulanya mak aku membantah jugak..ye la blom lg cukup 44 hari dah nak blk..mak ayah pun sedih nak berjauhan ngan cucu dia..lepas tu bermula la era baru kehidupan aku sebagai seorg ibu muda..masa tu umor aku baru 25 tahun..tapi aku tak kekok coz aku selalu jaga anak buah aku..sblm aku kawen aku uruskan kakak aku berpantang..aku jaga bebi dia sampai la dia habis pantang 44 hari..aku mandikan, susukan..dan semua la..skrg ni berguna juga pengalaman aku masa tolong kakak aku dulu..terima kasih kak za percayakan Na jaga Ahmad Ajwad Syauqi masa tu..pengalaman tu sangat berharga..

Aku dan abang membesarkan Harith dengan penuh kasih sayang...bagai menatang minyak yang penuh..kalau ade apa2 masalah aku tel mak kat kg, bertnya camner nak handle..kakak2 aku pun byk membantu..

Dugaan datang sewaktu harith berumor setahun 8 bulan..dia sering demam panas..masa tu kat kg..aku terus bawa ke HTAA (Hospital Tgku Ampuan Afzan, Kuantan). doktor amek darah..esoknya aku terima panggilan dari hospital berkaitan ujian darah harith..masa tu jantung aku berdegup kencang..masih terngiang2 lg kata2 doc tu..
"puan..saya minta puan byk2 bersabar ye..hasil dari ujian darah smlm kami dapati sel darah putih anak puan melebihi paras normal..."
"hah..anak saya leukimia ke doc?"
"sabar puan..bukan leukimia...blh puan dtg ke hospital skrg?"
gelap dunia ku seketika...aku menangis...masa tu mak ayah aku tak ada kat rumah..diorg pergi Jengka, umah kakak ipar aku..aku peluk abang...aku menangis semahunya...abang demam jugak masa tu..abg gagahkan jugak untuk ke hospital..aku dah tak sabar nak dgr penerangan doktor..sepanjang perjalanan aku asyik peluk, cium harith..air mata aku tak henti2 mengalir..kesian ank mama...

sampai di HTAA aku terus ke bilik doc..lega aku dengar penerangan doc..anak aku bukan leukimia..cume kekurangan enzim yg menghasilkan sel darah merah..kekurangan zat besi..so anak aku perlukan rawatan berkala dari Pakar Kanak2..selama setahun jugak la kitorg duk ulang alik ke HSA..yang paling tak tahan setiap kali pergi Klinik Pakar Kanak2, kena amek darah..dahla darah tak cukup nak amek lg..hu3..dah genap 2 tahun lebih aku dah tak pergi lagi..paras darah merah dia dah normal..dia pun jarang dah demam2..

Harith membesar seperti kanak2 lain..semua kemahuan dia papa dia ikut..kadang2 harith tak mintak pun beli mainan..tp mcam2 papa dia beli..maklum la masa tu anak tgh sakit kan..motor bateri, kereta kayuh..motor scrambler, motor yg besau yg guna petrol pun beli..walhal harith sampai skrg pun blm pandai lagi guna motor tu..

masa harith umor 2 tahun 9 bulan aku dapat keje kat UTM...sedih aku nak berpisah ngan harith..ye la selama ni hari2 aku yg jaga dia..tetiba rutinku berubah..nasib baik nenek dia sendiri yg jaga kat umah aku..tak la aku ralat sangat..tghari aku blk makan leh main2 dgn dia..aku blk tghri pun lauk dah siap masak..mak mertua aku masak..aku dah larang masak tpi dai nak masak jugak..terima kasih mak..

Harith dah 3 tahun 5 bulan aku pregnant anak ke 2..aku mengalami alahan yang maha teruk..aku tak dapat layan harith dengan sempurna..papa dan nenek yg byk jaga dia, uruskan dia..akuuu..hukhukhuk...nak uruskan diri sendiri pun tak mampu..sepanjang trimister pertama sampai 4 bulan kandungan aku, aku tak dapat makan @ minum..masuk sikit jer..kuarnya banyak...harith banyk bantu aku sewaktu aku muntah2..dia usap belakg aku..pandai sggh anak mama...aku terpaksa cuti tanpa gaji selam sebulan setengah..hari2 aku terpaksa masuk 3 botol air..seksa sungguh..kena injek tahan muntah..ubat injek tu cuma bertahan 2 hari jer..pstu muntah lagi dan kena injek lg..hukhuk..nasib baik harith seorg budak yg pintar, bijak dan memahami kesukaran mama dia saat ini..dia tak byk ragam..tak byk kerenah...

harith genap 4 tahun harith dapat adik..sukenya dia dapat bb girl..siang mlm duk berkepit ngan adik..harith dah tak sunyi lagi..harith dah ada kawan..sepanjang tempoh berpantang aku ajar harith membaca..MasyaAllah..dalam masa 2 mggu harith dapat menguasai buku 1 anakku..pandainya anak mama..

sekarang harith dah 5 tahun...harith dah bersekolah..aku hantar harith masuk pra sekolah di SEK. KEB. TAMAN DESA SKUDAI. pagi2 nak pegi skolah, dia tak byk ragam..papa dia agkat dari tmpt tido, aku mndikan...dalam kereta tu sempat lagi dia tido..ye la perjalanan dari umah aku nak ke sekolah klu hampir 20 minit klu jammed..walhal dekat jer..so sempat la dia layan ngantuk dia sblm sampai skolah..sampai kat skolah aku pakaikan ksut dan hantar dia sampai ke kelas..balik dari skolah kul 11.40 pagi harith transit ke taska jati..pukul 5.30 baru la kami smua berkumpul semula..

begitu la serba sedikit kisah harith..aku tak pandai + xde idea nak karang pjg2..bahsa pun byk bahasa pasar..hehe..

permata hati kami..

~ Harith n Damia ~

~ Princess Qisti Damia Humaira ~

~Prince Muhammad Harith Danial ~

Alhamdulillah...Setelah 6 tahun melayari bahtera kasih kami, kami dikurniakan sepasang permata hati, pengarang jantung dan penawar duka kami iaitu MUHAMMAD HARITH DANIAL (5 tahun) dan QISTI DAMIA HUMAIRA (1 tahun).. Semoga kalian membesar menjadi anak soleh dah solehah..