BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 5, 2010

UPDATE

dah lama aku tak update blog aku ni..bukan xde sesuatu yang menarik untuk diluahkan di sini..terlalu banyak perkara penting yg berlaku dalam hidupku sejak dua menjak ni..cuma aku tak berkesempatan nak singgah kat blog kesayanganku ni.. (tp berfb sempat lak ek.. :P)

banyak peristiwa yang berlaku pada OGOS lepas yg aku tak sempat nak coretkan disini..suka duka semuanya ada..antara tarikh penting dan keramat yang sentiasa diingati saban tahun, 5 OGOS..nak tau apa yg berlaku pada tarikh tu? tungguuuuuuuuu...

pastu 25 OGOS tarikh lahir ayahanda tercinta dan adikku, dayah..semoga kalian dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dan hidup sentiasa dirahmati Allah..buat dayah, jangan la bersedih lagi..pasti ada kebahagiaan dihujung derita..tunggu la saat itu..saat itu pasti kan tiba.. Al fatihah buat anak saudaraku yang belom sempat aku bersua muka, NUR EISYA ZAFRIN SOFEA...cantik nama, secantik tuannya, wahai bidadari syurga..damai la sayang di sana..


KEMESRAAN…

Kemesraan adalah buah cinta

Kemesraan adalah keindahan dalam berumah tangga

Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumahtangga

Kemesraan adalah pancaran akhlak dan jiwa seseorang

Orang yang paling baik agamanya adalah yang terbaik akhlaknya

Dan orang yang terbaik akhlaknya adalah yang terbaik kepad isterinya

Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang terbaik akhaknya sehingga Allah subhanahu wa ta’ala memujinya:

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) …sungguh mempunyai akhlak yang Agung (‘azhiim).” (QS. Al-Qalam : 5)

Lalu bagaimanakah beliau bermesraan berakhlak dengan isteri-isterinya ?

Dalam berbagai kesempatan, beliau selalu menjelaskan dengan gamblang tingginya kedudukan kaum wanita di sisi beliau. Mereka kaum hawa memiliki kedudukan yang agung dan derajat yang tinggi. Bahkan menjadi standar sempurnya keimanan seorang hamba adalah kebaikan akhlaknya kepada isterinya.

Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang paling baik AKHLAKnya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada ISTERInya" (HR Tirmidzi)

Walaupun beliau seorang pemimpin Negara atau komandan dalam peperangan, tetapi beliau sangat menghormati memuliakan wanita.

Bermain dan bercanda dengan isteri

Aisyah radhiyallah ‘anha mengisahkan: Pada suatu ketika aku ikut bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang ramping. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian beliau berkata kepadaku: “Kemarilah! sekarang kita berlomba lari.” Aku pun meladeninya dan akhirnya aku dapat mengungguli beliau. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya diam saja atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika aku sudah agak gemuk, aku ikut bersama beliau dalam sebuah lawatan. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Kemudian beliau menantangku berlomba kembali. Dan akhirnya beliau dapat mengungguliku. Beliau tertawa seraya berkata: “Inilah penebus kekalahan yang lalu!” (HR. Ahmad)

Membantu menaiki kendaraan

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari peperangan Khaibar, beliau menikahi Shafiyyah binti Huyaiy radhiyallahu ‘anha. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah radhiyallah ‘anha dari pandangan orang. Kemudian beliau duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, beliau persilakan Shafiyyah radhiyallah ‘anha untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut beliau.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri walaupun sedang haid..

Dari Atha` bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Aisyah radliyallahu ‘anha biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?' Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.'Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur).

Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai dari auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dlm bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

Disisir oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad).

Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir).

Minum bergantian pada tempat yang sama

Dari Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur).

Membelai isteri

"Adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Aisyah radhiyallah ‘anha menuturkan: “Pada suatu hari Rasu-lullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai ‘Aisy (salah satu panggilan kesayangan kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ), Malaikat Jibril ‘alaihissalam tadi menyampaikan salam buatmu.” (Muttafaq ‘alaih)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni).

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menetes di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bagian yang terkena tetesan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menetes lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bagian yang terkena tetesan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (Hadis Riwayat Nasai).

Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, ”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku menduga hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaithan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya karena pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Semoga kita bisa mengambil hikmah dan meneladaninya

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)

Thursday, August 5, 2010

Bagaimana Menasihati Anak, Suami atau Isteri Agar Tidak Degil


Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana caranya?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).


2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.
Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Monday, July 12, 2010

ungu andai ku tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu

Thursday, June 17, 2010

~ KECEWA...SEDIH....SAKIT HATI ~

ermmmm..tatau nak mulakan camner penceritaan duka ku ini...yang pastinya aku kecewa sangat2 ngan ragam manusia yang ntah apa2..suka sakitkan hati orang, cakap tak serupa bikin, tak pandain ak jaga hati dan perasaan orang..mentang2 ler kite ni orang bawahan...ermmmm...dah nmpk klu nya kan..hehe..hanya suamiku tercinta jer tempat aku mencurahkan segala rasa segala isi hati yang terbuku ni..dia jer la yang memahami, yang sudi mendengar segala permasalahan aku..sudi berkongsi suka dan duka ngan aku..terima kasih sayang...kaulah suami tmpt aku berpaut, menumpang kasih.. kaulah sahabat yang sudi berkongsi segala cerita suka duka, kaulah segala-galanya...terima kasih sayang...atas kasih sayang, perhatian selama ni..terima kasiih jugak atas sokongan moral abang..abang buatkan ayang kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan ni..abang memberi ayang kekuatan untuk berhadapan dengan insan2 macam ni..

ermmmmm....sukar untuk aku luahkan...sebenarnya aku kecewa sangat2 dengan orang atasan opis aku ni, termasuk la bos aku...ermmmmm...aku tau setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..hikmahnya pun aku dah nampak, cuma aku terkilan, kecewa, pedih, pilu, sayu, aku dilakukan camni..ikutkan hati nak jer aku cau dari sini, tp aku perlu fikirkan masa depan anak2 aku..huuuhhh..berat sggh dugaan...sampai ke hari ni hati aku masih terluka dengan sikap kalian..aku cam dah tak de mood nak keje sini..seolah2 apa yang aku buat selama ni tak dihargai langsung..

aku nekad mulai saat ini apa2 function, majlis keramaian anjuran bos aku dan kuncu2nya aku akan boikot..aku tak akan join..sorry laa..hati aku masih sakit..

cukuplah setakat ni dulu..nanti aku sambung balik..

***sekeping hati yang terluka ***

merah…
darah mengalir deras
membasahi luka yang tak pernah kering
di hati yang hampa

bercak merah…
tak pernah pudar
ia menjadi sejarah duka
yang tak akan lupa

waktu yang terus menggerus
tak kenal lelah mengejek ketus
memberi beban berat
yang kian sarat
di hati yang berkarat
membelit rasa dengan kuat

entah…
sekeping hati yang luka
akan tetap memendam luka
yang tak bosan disiram garam

luka…
dan tak pernah mengering
terus dialiri darah dan air mata...





Wednesday, June 16, 2010

~ TANJUNG PIAI RESORT, JOHOR ~

rasenya dah lama aku tak update blog aku ni..maklumla bz sket sejak dua menjak ni..hari ni baru ada kelapangan masa untuk aku mencurahkan idea yang berbakul2 ni kat blog kesayangan aku ni..sepanjang aku tak jenguk blog ni, byk sgt benda nak diceritakan kat sini..


HOLIDAY AT TANJUNG PIAI RESORT, JOHOR BHARU


Pada 25-26 Mei 2010 lepas, abang ada Bengkel anjuran Fakultinya kat Tanjung Piai. So, aku anak beranak ikut la..sambil2 tu leh la tenangkan pikiran kat sana..leh relaks2, habiskan masa ngan anak2..klu kat umah bkn bagi masa sepenuhnya kat diorg pun..ye la byk benda yg kena buat. kena masak, mengemas, basuh baju dan macam2 keje lagi la..so kat sini selama 3 hari tu memang enjoy sgt..sepenuh perhatian dapat tumpu kat Damia dan Harith..tak perlu wat keje smua tu..best gak, masa ni ler aku rase free dari wat keje2 umah..hehe..

Sebenarnya masa tu belom cuti sekolah lagi..duk pk2 camner la Harith nak pegi skolah papa tak de..aku nak gi keje camner..tak kan 3 hari nak tumpang orang..tak bestla..klu sehari tu tak kisah sgt. so abang amek keputusan, aku dan Harith ambik cuti, ikut dia pegi sana.kebetulan ada bilik kosong. sbb abang risau sebnarnya nak tinggal aku ngan anak2 jer selama dia kat sana..tp best gak dpt ikut..hehe

Hari Selasa - 25 Mei 2010

Hari ni aku halfday. Kul 2.30 aku kuar dari opis, terus gi amek damia kat umah Cik Piah, pastu amek Harith kat TASKA JATI, balik umah jap tukar kereta, terus bertolak ke Tangjung Piai..Sampai kat Pekan Serkat abang menjejak kasih Bapa saudaranya. PAK LANG..adik arwah Abah abang. Sampai kat pekan serkat tu kul 4.30. Lepak dulu kat kedai Pak lang sambil berborak2..aku dan abang tak pernah jumpa pun pak lang sblm ni..kira ni first time jumpa la..muka pak lang sebijik cam muka arwah abah abang.

Pukul 5 lebih kami bergerak ke resort. kak ani anak pak lang bekalkan kuih pau yg sungguh sedap dan lembut dan ABc..memang best..Jauh jugak menapak dari tmpt parking ke resort tu..ye la, dari darat nak ke laut kan..naik cam jeti la nak sampai ke bilik tu..Harith dan Damia seronok sgt..ni first trip damia la..Sampai kat Bilik No 17 tu kami berehat jap sambil2 tgk keindahan alam ciptaan Tuhan..boleh tahan besar biliknya..ada dua katil king...ada tv. tak la bosan sangt aku masa abg xde gi bengkel nanti..cantik sgt tmptnya..resort ni kat atas laut..so xde pandangan lain la selain dari laut..

lepas rehatkan badan, mandikan harith dan damiiviti sangata..abang keluar pegi order makan malam untuk kami.menu malam ni nasi putih ngan sup sayur, aku makan dgn damia, harith lak nasi goreng paprik..mak aii papriknya siap de ketam tu..semua seafod ada.malamnya tak de buat apa2 pun..abang ade aktiviti bengkelnya tu.tinggal la aku ngan anak2 kat bilik ni, layan harith dan damia main..tengok tv cerita SI CAPIK...agaknya kepenatan. pukul 10.30 mlm smua tertido..seb baek damia tak meragam..tmpt ni ok kot..

mlm tu damia jatuh katil..hehe..lasak sgt tido..dia dah tido tengah, boleh dia seberang mama dia ni pstu jatuh ler..seb baek tak tinggi sangat..tp nazrikat bilik sebelah tu sedar masa damia jatuh katil..kuat sgt ke bunyi?ke sebab tgh2 mlm sunyi sangat kot..

Hari Rabu - 26 Mei 2010

Pagi ni seronok sgt dapat menikmati keindahan matahari terbit..lepas tu aku bersiap2, mandi dan mengemas apa yang patut coz kejap lagi Syairi dan fmly dia nak tumpang kejap bilik aku. kul 2 ptg baru dia dapat kunci bilik dia..so wat sementara waktu wife n anak2 dia tumpang bilik aku la..kul 8.30 syairi sampai, masa tu aku ngah suap anak2 makan.pagi ni makan nasi putiih sup ayam dan telur dadar..boleh tahan la masakan kat sini.riuh rendah la bilik dengan anak2 aku ngan anak2 syairi bermain..harith tak la bosan sngat dapat berkawan ngan adam. aku berborak2 ngan zura. xde apa xtiviti sgt kat sini..cam duk kat umah gak, berkurung dlm bilik ni..nak kuar jalan2 kat bawah tak berani coz takut anak2 jatuh dlm air..gerun jer tgk pagarnya besar2, jangankan budak2, aku pun muat..so langkah selamat lepak jer kat bilik sementara laki masing2 duk kat bilik seminar.

Pukul 1 abg blk, tp abg tak masuk bilik coz segan ngan fmly syairi.abg lepak kat bilik bawah. mak aiii..harith dan damia kat sini asyik makan jer..berselera sungguh dia makan..kejap2 makan..ye la xde apa nak buat, makan jer la..suh tido tanak..pukul 2 tu syairi bawak fmly dia masuk biliknya..tinggal la aku ngan anak2 kat bilik ni..lepas solat zohor, aku damia dan harith tido.untuk makan tengahari abang oder nasi goreng cendawan dan nasi goreng paprik utk harith.

Pukul 5.30 abang habis bengkel.tapi sambung lagi kul 8.30 malam. Aku ajak abang kuar jalan2 kat pekan serkat..bosan gak duk terkurung dlm bilik.sambil tu nak pegi kedai beli pampers damia.duk kat sini sejuk sangat aircondnya tu kejap2 penuh pampers mia. kat luar tu cari jugak kedai makan, nak try makanan kat luar resort.tp hampeh, kawasan kampung, susah nak cari kedai makan.agaknya orang kampung suka masak sendiri kot.

Peristiwa yg paling aku geram masa kat kedai cina tu beli pampers damia..masa aku duk pusing2 cari barang aku dah nampak telor dalam sarang tu duk sipi2 jer..cam dah nak jatuh..nak dijadikan cerita aku lalu kot tepi tu, tersentuh la sikit, terus jatuh telor tu..apek cina tu bising2..walhal pekerja dia yang cuai, susun tak betul. aku ni kira sabit jer..hehehe..tak pasal2 aku kena bayar harga telor tu yg pecah..ngok tul apek tu..pastu suka2 jer ckp 10 biji walhal tak kira pun..aku tgk sikit jer cam 75, 6 biji jer..aku mmg hot giler kat cine tuh..rase nak bakar jer kedai dia..huuuuhhh..ilangkan mood petang aku jerk..pastu terus ajak abg balik bilik jer..

malam abang sambung bengkel lg..tggl la kami anak beranak kat bilik.kul 8 mlm de pekerja resort hantar menu utk makan malam..ermmm sup cendawan..tawar giler..orang ni lupe taruk garam ke apa..tp telan ler jugak dari membazir n perut lapar..pstu xtvt cam biasa la..baring2..tgk tv..harith n damia main jer la dia..aircond kat bilik ni sejuk sangat..dah slowkan pun sama gak..damia dapat selsema sejak duk sini..sudahnya malam tu aku bentangkan comforter kat depan tv..lepak kat bawah jer..jauh skit dari aircond..tp masih terasa gak senjuknya..sejuk sampai ke tulang...cian anak2 aku..tido lam kesejukan..comforter tebal pun masih sejuk lg..damia pun dah start batuk2..ni yang wat aku risau klu damia dah mula batuk..takot melarat.

Hari Khamis - 27 Mei 2010

Pagi ni kami bersarapan dengan nasi lemak jer..mak aiii mahal giler nasi lemak kat resort ni.nasi lemak lauk telor jer 4.50..huhh..cekik darah tul..tapi seb baek sedap, klu tak rugi jer..harith dan damia ikut papa dia bersarapan kat bwah..sementara abg bawak anak2 tu aku amek kesempatan bersiapkan diri, mandi, packing barang2..kul 12 nanti nak check up dah..lepas aku mandi air paip terus xde...seb baek sempat mandi..harith dan damia jer la blom mandi..duk sini tak mandi pun xpe..tak berpeluh 24 jam aircond..wangi jer anak2 mama tak mandi pun..hehe..

sementara tggu kul 12 tghri abg habis bengkel, lepas sarapan, aku dan anak2 sambung tido..apa lagi aktiviti yang kami bolh wat kat sini selain dari tido..tido..makan..main (damia ngan harith ler.hehe..) pastu bawak budak2 ni main2kat luar..hirup udara luar plak..masuk bilik syairi jap..zura n anak2 pun tido gak..pastu kul 12.30 kitorang gerak..sempat bergambar kat bawah tu..tp xblh uplod lg gmbr kat sini sbb blom transfer ke pc...

selamat tinggal tanjung piai...

pukul 2.30 sampai umah...seronok sangat dapt pi bercuti walaupun duk terperuk jer kat bilik..at least byk la masa ngan anak2, dpt ilangkan stress ngn keje..ermmm..bila lak ek dapat gi bercuti camni?



Thursday, May 20, 2010

~ Harith Asyik Demam Jer... ~

Kesian anak aku...asyik demam jer..Hari Jumaat (14/05/2010) Harith demam teruk..panas sgt badan dia..suhu sampai cecah 40.5..duk sebelah dia terasa sgt bahang..pangku dia cam pangku seterika panas.. :-( Aku bagi ubat ikut jadual pun suhu dia tak turun-turun..tak kebah2 jugak demamnya..aku bertambah risau..hati ibu mana tak risau kalau anak tak sihat.anak yg biasanya lincah, ligat, tetiba demam..lepak.. :-(.. pastu asyik cakap, "mama, mama doala byk2 harith tak demam..klu mama doa utk harith, harith tak demam la.." luluh hati aku..terus aku rangkul harith dlm pelukan ku..Damia pulak jeles aku bg perhatian yg lebih kat abg dia..asyik merajuk jer..

Lepas maghrib tu aku masuk ubat buntut..sbb suhu dah terlalu tggi..40.5..dia pun dah mula meracau..pukul 7.30 aku masuk ubat tu, pukul 10 mlm suhu masih tak turun, klu ikutkan ubat yg masukkan kot buntut tu cepat turun suhunya..Cepat2 kami bawak harith pegi Poliklinik Sri Puteri..kebetulan doktor yg bertugas mlm tu DR ALWI..doktor kesukaan ramai..Doktor pun terkejut suhu harith terlalu tggi..Sekali lagi Harith diberi ubat buntut..melalak dia..siap meronta2 lg..pastu kena injek antibiotik lg..lg ler meraung harith..nak wat camner sayang, doc nak harith cepat sembuh..doktor periksa dengan begitu teliti..semua pakaian Harith kena tanggal..Kata doc patut la suhu dia terlalu tinggi..Tonsil dia bengkak, besar dan merah..Doc suruh aku tgk..mak aiii..mmg besar, takut aku tgk..sian anak aku..patut la dia asyik ckp sakit tekak..aku igt sakit tekak cam org nak selsema tuh..

Doc ckp lg demam dia terlalu tggi sbb tonsil n campak..patut la merah satu badan harith..igtkan ruam panas, sbb musim panas..byk sggh dugaan harith..dah ler demam..tekak sakit, satu badan miang n gatal.. klu la blh ditukar ganti biar aku jer yg tanggung..sian harith..hukhukhuk..

Alhamdulillah..hari Sabtu harith dah tak demam..cuma merah2 campak tu kuar lg byk..asyik merengek gatal..gatal.. aku sapu ubt sapu yg doc kasi..walaupun harith dah tak demam aku kasi jugak ubat demam, aku takut demamnya dtg blk..ubt antibiotik aku kasi ikut jadual..seb baek jugak dah besar ni senang nak makan ubat..tu pun ugut jugak, klu tak nak makan ubat, nanti doc injek lg..huk3..mau tak takot..hikhik..

Hari Isnin (17/5/2010)
Harith dah boleh sekolah cam biasa..dah tak dmm lg..syukur alhamdulillah..suke sgt hati aku anak aku dah sihat..tapi meragam jugak masa nak mandi..dah cuti lama..seronok ler..meragam tanak pakai baju skolah..akhirnya terpaksa pikul dia masuk kete bogel2.hahaha.. anak.anak...ikut kan je kerenah dia..biasa la org baru baik demam ni mcm2 kerenah..dlm kete tu baru aku pakaikan baju, sluar n kasut skolah..sampai skolah dia ok jer dia..hepi dapat jumpa kawan2 n cikgu Suhana yg baik hati..

Hari2 yang berlalu begitu menceriakan aku coz Harith dah tak demam..Tapi keceriaan ku hanya seketika...Pukul 3.00 pagi hari Khamis (20/05/2010 - besday andak) kami dikejutkan dgn suara org muntah. rupe2nya harith muntah2...habis katil tmpt dia tido..lepas tu dia berak2 pulak.. aku cek suhunya,39.5 sah..dia demam lagi..tinggi suhunya.. :-( cepat2 aku kasi ubat demam..aku menangis sambil memeluk Harith..aku tk dpt melelapkan mata walau sepicing pun..aku menangis semahunya..entah bila aku terlelap aku pun tak perasan..sedar2 abang kejut aku utk mandi. Dia dah siap solat.. aku tgk jam..dah kul 6.15... Cepat2 aku periksa suhu harith..dah tak panas sgt..blh la gi skolah ni..kate aku dlm hati..aku mandikan harith, siapkan dia, pastu dlm kereta aku kasi lg ubat demam..Aku nak cuti hari ni tak boleh sebab banyak lg keje2 aku tak settle..Byk dokumen nak kena dapatkan tandatangan Pengarah aku..hari ni je dia ada kat JB..nak tak nak terpaksa jugak aku keje..nasib baik suhu harith tak la tggi sangat..yang aku herannya harith asyik demam malam jer..siang ok..tu yg wat aku risau sangat..

Jumaat - 21/05/2010
Pukul 3.30 pagi abang kejut aku ckp harith demam lg.. hukhukhuk..aku kasi dia ubat demam..selimutkan elok2..aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga anakku cepat sembuh..tiada apa yg membahagiakan aku selain dari tgk anak2 aku sihat dan ceria..

Pagi tadi bdn harith panas lg..tapi lepas mandi, badan dia kembali normal..aku bagi ubat demam..aku pujuk dia, hari ni jer skolah..pastu cuti 2 hari...mood dia pagi ni ok..tak byk ragam..aku bekalkan ubat demam kat taska..tapi hati aku tetap risau ingatkan harith..harith, cepatlah sembuh sayang... kate adik aku ema, klu ada tonsil memang antibodi dia kurang, asyik demam jer..

"Ya Allah, kepadaMu aku memohon, sembuhkanlah Harith...berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anakku, suamiku dan semua ahli keluargaku...Panjangkan lah usia mereka..Lindungilah mereka dari segala marabahaya walau dimana jua mereka berada..hanya kepadaMu lah tempat aku memohon pertolongan...amin..amin ya rabbal alamin.."..



Monday, May 10, 2010

Cara Mengatasi Anak Kuat Mengamok

S: Saya merupakan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun. Dia seorang yang aktif dan petah bercakap tetapi dia kuat mengamuk terutama jika kehendaknya tidak dituruti. Saya sering memarahinya sehingga dia akan menangis sambil tertidur. Ada kalanya sedang nyenyak tidur pun anak saya menangis sayu.

Saya marahkannya kerana ingin mengajarnya bersabar, tidak berputus asa serta bertolak ansur. Kelakuannya yang sukar dipujuk serta suka memerintah membimbangkan saya membawanya keluar makan dan bersiar-siar.

Saya sering berdoa dan membaca Al-Quran lalu dihembuskan ke ubun-ubun anak agar dia mendengar nasihat. Apakah ada cara lain yang bersesuaian?
Fida, Semenyih

J : Sebagai orang Islam, sebenarnya cara yang puan gunakan adalah yang terbaik. Cuma, ia perlukan sedikit masa dan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Bersabarlah. Janganlah marahnya itu di balas dengan marah juga. Kadangkala untuk memantau tindak tanduknya yang agresif itu, kita perlu memberinya sedikit ruang untuk melepaskan kemarahannya.

Ketika anak puan mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dimahukan setelah kita memberikan alasan, hukumlah dia dengan membiarkannya menangis sampai akhirnya dia berhenti sendiri. Ini kerana semakin dilayan semakin menjadi, semakin kuat suara kita semakin kuat suaranya. Jadi, tinggalkan dia, usah hiraukan dia (secara fizikalnya sahaja), buatlah kerja puan atau larikan diri dari pandangannya dan buat tak tahu. Kanak-kanak akan berasa “kehilangan” sekiranya ibunya tidak mempedulikannya sehingga akhirnya mereka yang mengalah minta dibelai. Ketika itulah baru puan membelai dan menasihatinya yang puan tidak suka apa yang dilakukannya.

“ mama sedih adik jerit-jerit macam...” “ mama suka adik dengar cakap mama....” Berikan sebab mengapa tidak boleh atau sebagainya.

Selain itu, menurut kajian, makanan juga memberi kesan terhadap tingkah laku agresif anak-anak. Jadi, janganlah biasakan anak-anak makan makanan ringan. Kurangkanlah pengambilan makanan ringan dan lebihkan makanan berkhasiat untuk ketajaman minda dan penumpuan.


p/s ; semoga soalan dan jawapan yg diberikan dapat memberi manfaat kepada kite smua...


Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah pilihan sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun
ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.

“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih
dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama sayang kakak, tapi cara kakak tu tak betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh kakak tolong mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas.
Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.

4. “Apa sebenarnya yang kakak nak cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak
dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.
Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak kena faham. Tidak semua orang sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.
Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.


p/s ; ni pun aku ceduk dari pa & ma..semoga ia memberi manfaat kpd aku dlm mendidik permata hati kami..thanks karangkraf..

Selami Fikiran Anak Ketika Mendidik

Bergelar ibu bapa sekali gus memberikan kita satu jawatan sebagai pendidik. Dapatkan kupasan erti sebenar mendidik zuriat.

Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan setiap anak mengikut acuan masing-masing. Mendidik anak perlu dengan pengetahuan keibubapaan. Amalan meniru cara didikan keluarga yang dianggap cemerlang tidak semestinya sesuai dengan keluarga sendiri.

Didikan paksaan dan arahan bukanlah bukti kejayaan membentuk peribadi insan yang mulia. Setiap anak berhak menikmati zaman kanak-kanak mereka secara semula jadi mengikut fitrah yang sepatutnya.

Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Nyata dan jelas sekali bahawa di usia kanak-kanak mereka tidak sewajarnya dipaksa melakukan perkara-perkara yang membebankan mereka. Memaksa mereka belajar sepanjang masa bukan akan membuatkan mereka bertambah bijak tetapi ditakuti boleh mengganggu tumbesaran normal mereka kerana terlalu tertekan.

Sewajarnya biarlah anak-anak melalui zaman kanak-kanak mereka dengan belajar sambil bermain, menerokai dunia mereka dan melakukan apa yang mereka suka asalkan tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain selain memberi faedah kepadanya bahkan ia tidak melanggar ajaran Islam.

Namun demikian persaingan yang semakin sengit pada masa kini membuatkan segelintir ibu bapa tidak mahu memahami aspek didikan anak-anak menjadikan anak sendiri keliru mengenai kehadirannya dalam sebuah keluarga.

Ibu bapa yang gemar mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Seharusnya ibu bapa mempunyai ciri membimbing dan memberi tunjuk ajar pada anak-anak dan hanya menghukum apabila mereka berbuat silap tetapi memberi kebebasan apabila perlu.

Biarpun ada sesetengah pendapat mengatakan anak-anak perlu selalu dimarahi kerana jika tidak mereka tidak belajar. Sebenarnya, memang mereka boleh dimarahi tetapi marah perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin membetulkan kesilapannya.

Biarpun ada anak yang kelihatan selamba dan bersahaja apabila dimarahi tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam pada ibu bapa hingga dewasa.

Kesan buruk

Didikan yang kurang sempurna sudah pasti membawa kesan buruk kepada anak-anak membabitkan keyakinan diri yang rendah hingga dia akan ketinggalan dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering diberikan sokongan moral.

Oleh itu, hukuman fizikal yang hanya menyakitkan tetapi kurang berkesan perlu dikurangkan dalam mendidik anak-anak. Andai mereka melakukan kesilapan dan perlu didenda, jelaskan kesilapan yang mereka lakukan dan kenapa mereka didenda.

Sememangnya tujuan hukuman diberikan adalah untuk pengajaran tetapi setiap hukuman yang dijatuhkan ke atas anak-anak perlu diberi perhatian iaitu jangan marah mereka ketika kita berada dalam keadaan marah, jangan mengherdik mereka di hadapan orang lain atau kawan-kawannya kerana ia akan memalukan anak dan memberi kesan buruk, jangan juga marahkan mereka kerana dirinya tetapi marahkan kesalahan yang mereka lakukan. Beritahu anak yang anda tidak suka dan marah dengan kesalahan yang dia lakukan bukan dirinya.

Sedar atau tidak, kebanyakan ibu bapa berharapkan anak mereka sempurna dari segala aspek tanpa mengambil kira mereka juga bukan manusia yang sempurna apatah lagi anak itu dibentuk oleh didikan ibu bapa. Maka terimalah anak seadanya dan dalam masa yang sama didik mereka menjadi seorang insan yang mengikut kata kerana hormatkan ibu bapa dan bukan kerana takutkan ibu bapa.


p/s; aku ceduk dari majalah pa&maa


Mother`s Day

Tanggal 9 Mei pasti disambut dan diingati saban tahun..pastinya setiap insan ade cerita tersendiri pada tanggal ini..tahun ini hanya ucapan selamat hari ibu yg mampu aku ucapkan khas buat ibuku yg tercinta di kg..tak dapat nak raikan bersama-sama ibu..

Walaupun sedih tak dapat meraikan bersama ibu tercinta di kg, hari ibu tahun ni cukup bermakna bagi aku kerana anak aku dah pandai dan hargai aku sebagai ibunya..dah pandai wish selamat hari ibu..bangga dan terharu...lagi terharu aku dapat 2 kad ucapan tulisan tangan dari Harith..sungguh kreatif kad ucapan tu berserta bunga yg digubah dgn kertas dan frame gantung yg dibuat dari pggan kertas..semua tu dia wat kat skolah dia..satu lagi kad ucapan dia wat kat taska..aku akan simpan rapi kad2 ucapan dan frame tu..kad ucapan yg pertama dari anak aku..aku akn simpan sampai dia bear..nanti aku akan tunjuk kat dia, ni la kad yg harith wat masa harith 5 thun,,,hehe..

Dlm kegembiraan tu terbayang kenangan2 bersama ibu meraikan hari ibu sebelum aku bergelar isteri dan mama..saban tahun aku akan bawa ibu aku ke bandar kuantan. aku akn belikan apa saja apa yg ibu aku suka..aku bawak ibu makan2.. berjalan2..hanya berdua dengan ibu.dari pagi sampai petang...aduh..sunggh indah saat itu..menitis air mata aku saat aku taip bait2 ini..aku teramat rindu saat2 itu..teramat rindu..dapatkah aku ulangi kembali detik2 itu..ibuuuuuuu....ankmu ini terlalu merinduimu..rindu pelukan ibu..rindu ciuman ibu..rindu nak tido atas ribaan ibu... TT.. tak sabar nak balik kg nak peluk cium ibu...hati ku meronta2 tiap kali rindukan ibu..semoga ibuku sentiasa sihat dan dipanjangkan usia agar kami dapat terus bermanja dan menumpang kasih ngan ibu tercinta..amin..

Thursday, May 6, 2010

Dunia Permata Hatiku

harith tgh wat senaman utk kuatkan stamina.. (^_^)

anak2 ku tgh berseronok main buaian...

naik kude nak pi mana ni damia?

syok main buaian...xnak blk tue..

bahagia tgk kegembiraan anak2...

BERIADAH DI TAMAN PERMAINAN..

Bahagia tak terhingga melihat keceriaan dan kegembiraan anak2 dapat bermain kat taman diwaktu petang...kebetulan cuaca petang sabtu tu elok, Anjang pun ada..ape lagi bwak diorg lepak2 kat taman la..bukan main suke lagi damia n harith main buaian..buaian kat taman ni ok sket ada pelindung, so selamat la utk kanak2 kecil sebaya damia... tp jarang kat taman permainan sediakan buaian mcm ni.. :(

sambil2 layan anak2 bermain, papa jogging dan gym kat sini..peralatan cam kat dalam gym pun disediakan..sebab tu kami suke beriadah kat taman ni..Taman Pulai Bistari kat depan surau Pulai Bistari..Setiap petang wekend klu cuaca elok dan xde apa2 hal kat sini la tmpt kami anak beranak bersantai..kesian jugak kat anak2 asyik berkurung jer...

ok lah nanti bersambung lg di entry akn dtg.tgh ketandusan idea ni..hehe...

Wednesday, May 5, 2010

Muhammad Harith Danial

~ Harith 5 tahun ~

~Harith 4 tahun ~

~ Harith 3 tahun ~

~harith 2 tahun ~

~ ni masa harith setahun ~


Begitu cepat masa berlalu..aku rasakan baru semalam aku melahirkan dia..masih terasa lagi sakit dan perit saat melahirkan..masih terbayang lagi di mindaku detik-detik aku melahirkan dia pada tanggal 31 Januari 2005..lewat 2 hari dari tarikh yg dijangka..

Sebulan sblm aku bersalin, aku dihantar ke kg aku di Felda Neram Satu, Kemaman, Trg...masa tu aku belum bekerja lagi..aku mmg mahu bersalin di kg, dekat dgn mak ayah kat kg..maklumlah bersalin anak sulong, tidak ada pengalaman..

Belum habis pantang, lebih kurang 30 hari suami aku bawa blk ke Skudai..dia tanak berjauhan dgn anak..mulanya mak aku membantah jugak..ye la blom lg cukup 44 hari dah nak blk..mak ayah pun sedih nak berjauhan ngan cucu dia..lepas tu bermula la era baru kehidupan aku sebagai seorg ibu muda..masa tu umor aku baru 25 tahun..tapi aku tak kekok coz aku selalu jaga anak buah aku..sblm aku kawen aku uruskan kakak aku berpantang..aku jaga bebi dia sampai la dia habis pantang 44 hari..aku mandikan, susukan..dan semua la..skrg ni berguna juga pengalaman aku masa tolong kakak aku dulu..terima kasih kak za percayakan Na jaga Ahmad Ajwad Syauqi masa tu..pengalaman tu sangat berharga..

Aku dan abang membesarkan Harith dengan penuh kasih sayang...bagai menatang minyak yang penuh..kalau ade apa2 masalah aku tel mak kat kg, bertnya camner nak handle..kakak2 aku pun byk membantu..

Dugaan datang sewaktu harith berumor setahun 8 bulan..dia sering demam panas..masa tu kat kg..aku terus bawa ke HTAA (Hospital Tgku Ampuan Afzan, Kuantan). doktor amek darah..esoknya aku terima panggilan dari hospital berkaitan ujian darah harith..masa tu jantung aku berdegup kencang..masih terngiang2 lg kata2 doc tu..
"puan..saya minta puan byk2 bersabar ye..hasil dari ujian darah smlm kami dapati sel darah putih anak puan melebihi paras normal..."
"hah..anak saya leukimia ke doc?"
"sabar puan..bukan leukimia...blh puan dtg ke hospital skrg?"
gelap dunia ku seketika...aku menangis...masa tu mak ayah aku tak ada kat rumah..diorg pergi Jengka, umah kakak ipar aku..aku peluk abang...aku menangis semahunya...abang demam jugak masa tu..abg gagahkan jugak untuk ke hospital..aku dah tak sabar nak dgr penerangan doktor..sepanjang perjalanan aku asyik peluk, cium harith..air mata aku tak henti2 mengalir..kesian ank mama...

sampai di HTAA aku terus ke bilik doc..lega aku dengar penerangan doc..anak aku bukan leukimia..cume kekurangan enzim yg menghasilkan sel darah merah..kekurangan zat besi..so anak aku perlukan rawatan berkala dari Pakar Kanak2..selama setahun jugak la kitorg duk ulang alik ke HSA..yang paling tak tahan setiap kali pergi Klinik Pakar Kanak2, kena amek darah..dahla darah tak cukup nak amek lg..hu3..dah genap 2 tahun lebih aku dah tak pergi lagi..paras darah merah dia dah normal..dia pun jarang dah demam2..

Harith membesar seperti kanak2 lain..semua kemahuan dia papa dia ikut..kadang2 harith tak mintak pun beli mainan..tp mcam2 papa dia beli..maklum la masa tu anak tgh sakit kan..motor bateri, kereta kayuh..motor scrambler, motor yg besau yg guna petrol pun beli..walhal harith sampai skrg pun blm pandai lagi guna motor tu..

masa harith umor 2 tahun 9 bulan aku dapat keje kat UTM...sedih aku nak berpisah ngan harith..ye la selama ni hari2 aku yg jaga dia..tetiba rutinku berubah..nasib baik nenek dia sendiri yg jaga kat umah aku..tak la aku ralat sangat..tghari aku blk makan leh main2 dgn dia..aku blk tghri pun lauk dah siap masak..mak mertua aku masak..aku dah larang masak tpi dai nak masak jugak..terima kasih mak..

Harith dah 3 tahun 5 bulan aku pregnant anak ke 2..aku mengalami alahan yang maha teruk..aku tak dapat layan harith dengan sempurna..papa dan nenek yg byk jaga dia, uruskan dia..akuuu..hukhukhuk...nak uruskan diri sendiri pun tak mampu..sepanjang trimister pertama sampai 4 bulan kandungan aku, aku tak dapat makan @ minum..masuk sikit jer..kuarnya banyak...harith banyk bantu aku sewaktu aku muntah2..dia usap belakg aku..pandai sggh anak mama...aku terpaksa cuti tanpa gaji selam sebulan setengah..hari2 aku terpaksa masuk 3 botol air..seksa sungguh..kena injek tahan muntah..ubat injek tu cuma bertahan 2 hari jer..pstu muntah lagi dan kena injek lg..hukhuk..nasib baik harith seorg budak yg pintar, bijak dan memahami kesukaran mama dia saat ini..dia tak byk ragam..tak byk kerenah...

harith genap 4 tahun harith dapat adik..sukenya dia dapat bb girl..siang mlm duk berkepit ngan adik..harith dah tak sunyi lagi..harith dah ada kawan..sepanjang tempoh berpantang aku ajar harith membaca..MasyaAllah..dalam masa 2 mggu harith dapat menguasai buku 1 anakku..pandainya anak mama..

sekarang harith dah 5 tahun...harith dah bersekolah..aku hantar harith masuk pra sekolah di SEK. KEB. TAMAN DESA SKUDAI. pagi2 nak pegi skolah, dia tak byk ragam..papa dia agkat dari tmpt tido, aku mndikan...dalam kereta tu sempat lagi dia tido..ye la perjalanan dari umah aku nak ke sekolah klu hampir 20 minit klu jammed..walhal dekat jer..so sempat la dia layan ngantuk dia sblm sampai skolah..sampai kat skolah aku pakaikan ksut dan hantar dia sampai ke kelas..balik dari skolah kul 11.40 pagi harith transit ke taska jati..pukul 5.30 baru la kami smua berkumpul semula..

begitu la serba sedikit kisah harith..aku tak pandai + xde idea nak karang pjg2..bahsa pun byk bahasa pasar..hehe..

permata hati kami..

~ Harith n Damia ~

~ Princess Qisti Damia Humaira ~

~Prince Muhammad Harith Danial ~

Alhamdulillah...Setelah 6 tahun melayari bahtera kasih kami, kami dikurniakan sepasang permata hati, pengarang jantung dan penawar duka kami iaitu MUHAMMAD HARITH DANIAL (5 tahun) dan QISTI DAMIA HUMAIRA (1 tahun).. Semoga kalian membesar menjadi anak soleh dah solehah..